Followers

Wednesday, March 23, 2011

Cheritera Kelly Dengan Kandangnya

Dear Qhaliesya,

Semenjak dari Kelly lahir lagi, Wan kelly dah sayang sangat dengan cucu dia yang bongsu ni, sampai Ibu nak pindah pun jadi kes, tak sanggup berpisah dengan Kelly.. Tok kelly pun sayang sangat dengan Kelly, jadi bila umur Kelly masuk 7-8bulan macam tu, Kelly dah boleh merangkak. Bila Kelly dah boleh merangkak, jadi satu masalah juga, iyalah tak larat sesiapa yang jaga Kelly terutamanya Ibu nak mengejar anak Ibu ni. Merangkak laju yang amat.. haha, Wan pulak takut sangat kalau masa Kelly tengah merangkak tu, Kelly kena gigit semut ke, kutip benda-benda dekat lantai ke, macam-macam lah..


Jadi bila time Wan gaji 2-3bulan lepas, Wan terus ke hardware store dan beli semua kayu-kayu dan kelengkapan lain untuk custom made Play Pan Kelly sendiri. Wan buat sebesar queen size matress. Memang puas hatilah..



Memang Play Pan Kelly inilah yang banyak membantu bagi Kelly boleh berdiri dan mula berjalan meniti 'kandang' Kelly tu. Tengok betapa Wan Kelly sayang dekat Kelly, dia yang nak masuk 70tahun tu ketuk kayu ni semua, buat dari mula sampai habis, dan guna duit Wan untuk beli semua ini.. Dia cakap biar ni jadi kenangan Kelly dekat Wan bila Kelly dah besar nanti..


Yang bestnya play pan Kelly ni, bukan Kelly seorang ja yang masuk. Kami semua, satu family masuk duduk dalam tu, sebab Wan letak betul-betul depan TV dekat living hall, tambahan Tok belikan satu tilam queen tebal letak dalam tu, supaya bila Kelly jatuh tak sakit.. Itulah dia al kisah Kelly dengan kandangnya, yang dibuat penuh kasih sayang Wan kelly..

xoxo

Tuesday, March 22, 2011

Nak Berhenti Atau Nak Teruskan...

Dear Qhaliesya,
humm.. Memang masa mula-mula Ibu dapat tahu yang Ibu mengandung dulu, Ibu dah planning akan menyusu badan baby Ibu, bukan sebab apa Ibu tahu yang susu badan itu susu yang terbaik untuk anak, tambahan pulak banyak kisah-kisah dan tips-tips orang tua2 cakap kalau kita menyusu badan, cepat kurus... dan selepas saja Ibu melahirkan, alangkah sedihnya hati Ibu bila Kelly langsung tak mahu menyusu badan, Sob Sob Sob...



Syukur selepas Ibu tak putus asa cuba dan cuba menyusu badan, masuk umur 2 bulan Kelly dah pandai menyusu badan, happy nya Ibu hanya tuhan saja yang tahu, iyalah dah tak perlu pump banyak botol sehari-hari.. hahaha. Kisahnya sekarang ni, Kelly dah nak masuk setahun dan langsung tak mahu minum susu botol lain, Ibu yang susah kalau terpaksa ada mesyuarat atau sebagainya.. huhu, Sebab itulah sekarang ni Ibu tengah cuba-cuba bagi Kelly minum susu Sustegen perisa cokelat..



Harap-haraplah Kelly nak cuba menyusu botol pulak, tapi satu benda, ibu mungkin takkan terus berhenti menyusu badan, sampai umur Kelly 2 tahun setengah macam tu, insya allah.. Cuma nak cari susu bantuan, kalau-kalau ada kecemasan dan Ibu tak boleh menyusu badan kan.. Hihihi.. ;D

xoxo

Gaji Habis Beli Makanan Saja Kan

Tajuk atas itu memang satu realiti bagi kebanyakkan orang yang tinggal dekat bandar ni ataupun dekat kampung, iyalah.. Suami Ibu kalau sekali gaji saja, bujet untuk makan-makan saja dalam sebulan hampir rm1000. Bukannya Ibu ni makan makanan yang mewah-mewah sangat, tapi iyalah, kalau masa Kelly nak makan bubur McD, sekali delivery dah rm8. Kalau beli barangan basah dekat Carefour ke, Giant ke, Tesco ke, mahu sekurang-kurangnya rm100. Itu pun untuk seminggu tak sampai bekalan.. Ish Ish Ish.. Mahal sungguh makanan sekarang ni kan, huhu.. Itulah ingat bila Ibu dengan suami dah tua, anak-anak dah besar. Kami nak pindah ke kawasan kampung, biar ada tanah sikit, boleh Ibu tanam sayur, bela ayam, jimat duit kalau nak makan, main petik dengan sembelih saja kan.. hahahaha..


gambar ni masa Ibu dengan sepupu kesygan Ibu, pergi makan dekat A&W wangsa walk,
makan coney dog 1 set dengan air mineral dah kena rm16.. mahal mahal..

Apa yang sebabkan Ibu terkeluar post pasal benda ni, tadi Ibu teman abah kesayangan Ibu keluar beli barangan dapur, mak aii.. kena sampai rm358.. tersedak sekejab Ibu sebab ingat ambil apa yang penting saja, hihi... Tapi itulah, nak buat macam mana, harga barang makin naik kan sekarang ni.. Hihi ;D

xoxo

Monday, March 21, 2011

Scary Spice Mengandung Anak Ketiga ;D

viva forever.... ;D haha, Ibu memang peminat nombor satu kumpulan Spice Girls masa kecik-kecik dulu, Sekarang ni. Update terbaru, Mel B aka Scary Spice join kawan-kawan sekumpulan dia yang lain, mengandung anak ke tiga..

Pertama yang mengandung adalah Baby Spice (Emma Bunton) dan seterusnya Victoria Becham (Posh Spice) mengandung.. hahaha.. Memang subur sungguh kumpulan Spice Girls ni.. =)

Tambahan pula, baru-baru ni Victoria confirm berita yang dia mengandungkan anak perempuan, yeay.. mesti stylo gila anak dia tu nanti.. (envyyy)..



Sekarang ni cuma tinggal Mel C dengan Ginger Spice je yang tak maklumakan sebarang berita mereka mengandung anak terbaru.. hahahaha,


Hurm, seronok tengok ramai yang mengandung sekarang ni, buatkan Ibu teringat masa Ibu mengandungkan Qhaliesya dulu, haishh, memang heaven lah, sbb tak payah risau bentuk badan dan perhatian yang kita dapat tu.. Rindu pulak nak mengandung lagi, tunggulah nanti kalau ada rezeki adalah kan.. Sekarang ni biar Ibu curahkan sepenuh kasih sayang dekat Qhaliesya Ibu tu..

xoxo

Sunday, March 20, 2011

Kris Dayanti Dah Kahwin.. ;D

Hihihi, dalam usaha Ibu untuk menbuka kan lagi horizon blog Ibu ni, Ibu sekarang akan update berita-berita terbaru artis-artis pulak ok.. hahahaha. Kalau masa umumkan nak berkahwin, Kris Dayanti bercumbuan depan wartawan sebanyak sekali, tapi lepas majlis akad nikahnya, suaminya mencium bibirnya sebanyak 3 kali, haaa...


Ini antara gambar sekitar majlis pernikahan Kris Dayanti, tak tahulah Ibu sama ada BFF dia, Dato Siti Nurhaliza hadiri majlis ini ke tak, tapi yang penting Anang tak datang katanya selesema.. Ish Ish Ish.. hihi,


Kris Dayanti mendapat mas kahwin berupa persiapan lengkap solat, baguslah macam tu kan, alhamdulillah ;D
Wahhh, loving betul ni.. hahahaha, semoga berkekalan.. ;D xoxo

WHAT IF....

Dear Me... ;P


Hurm, Ibu rasa hampir kesemua orang dalam dunia ini ada saat-saat dimana kita terfikir 'what if' atau 'macam mana jadi kalau'..... Ibu memang selalu fikir macam tu, tambahan bila ter'click' tengok gambar-gambar kawan-kawan satu UiTM dulu, teringat jugak kan macam mana jadinya kalau Ibu tak berhenti study & kahwin, Ibu mesti ada dalam gambar-gambar tu dengan kawan-kawan yang lain kan.
Banyak benda yang membuatkan ibu terfikir kan, what if i didn't fully breastfeed Kelly dari mula, campur-campur dengan susu formula, mesti senang nak tinggalkan Kelly kalau Ibu keluar kerja, what if Ibu tegaskan hati, dan ada ahli keluarga Ibu yang marah Ibu quitting university, mesti Ibu a different person sekarang ni kan.. Banyak lagi lah...

Ibu tahu yang memang tak baik kalau kita asyik fikir macam tu, tambahan pulak Ibu memang dah gembira dengan hidup Ibu sekarang, tapi itulah kita manusia, mulut senang cakap 'bersyukur' tapi hati dan perasaan tu susah kan.. huhu.. Tapi Ibu nak tekankan dekat sini, bukannya Ibu tak gembira dengan corak kehidupan Ibu sekarang ni, Ibu teramat gembira dengan segala kurniaan Illahi dalam hidup Ibu sekarang ;D

Ibu cuma nak share je perasaan ibu ni dengan kawan-kawan blogger semua, dan mana tahu ada yang faham dan boleh share sama saat-saat 'What If' masing-masing dengan ibu kan. Hihi
..

Kelly Ada FB Fan Page Sendiri



Dalam banyak usaha Ibu untuk mengingati segala apa event yang menarik dan sebagainya yang berlaku dalam hidup anak sulung Ibu ni, Ibu dengan senang hatinya membuka dia satu Fan Page dekat FB ;D Tips untuk bakal-bakal Ibu, start buat blog ataupun Fan Page mulai sekarang ni, walaupun belum bersalin sebab itu yang bahagian menyeronokkan itu, apabila kita dah masukkan ke dalam internet, selamanya ia akan kekal, kecuali kita sendiri yang delete kan. Jadi insya allah, anak-anak kita boleh baca kelak...

Dalam Fan Page itulah semua ibu masukkan segala picture-picture dia setiap bulan, setiap hari.. haha, Kita ni sebagai Ibu, memang dah jadi tugas kita untuk menjaga anak kita, dan menjadi tugas kita juga untuk 'preserving' benda-benda penting yang jadi dalam hidup mereka..

Mak pernah bagitau Ibu yang kami dulu orang susah, tak ada camera sendiri sebab itulah yang Mak tak banyak tangkap gambar kami masa kecik-kecik dulu, tunggu ada orang datang tangkap gambar baru minta salinan, itu yang ada.. Jadi alhamdulillah, dengan kelebihan kemewahan yang Ibu ada ni, ibu akan cuba menyimpan sebanyak mana gambar Adza Qhaliesya, video-video dan tulis setiap kejadian 'best' yang berlaku dalam usia muda dia.. Insya allah..





xoxo

Saturday, March 19, 2011

Bila Mulut Sesetengah Orang Lagi Busuk Dr Longkang





Ish Ish Ish... Ibu bukannya nak mengata ke apa, tapi saja nak buat pengajaran diri sendiri dan untuk orang-orang lain yang membaca ni.. Sebelum Ibu menjadi seorang ibu ni, Ibu memang mengaku yang perangai Ibu amatlah 'bagus' (wink wink) Ibu pantang tengok orang yang tak berkenan di mata, mulut terus je.. Ish Ish Ish..

Banyak dosa gila.. Tapi selepas pengalaman melahirkan anak sendiri, bertarung dengan nyawa kita ni, barulah Ibu sedar yang ajal tu bila-bila masa boleh datang dan selagi diberi kesempatan oleh Ilahhi ni, kita kenalah jaga mulut kita kan..

Tips Ibu kan, sebelum kita nak mengata orang tu kita ambil 5saat, susun ayat dalam otak, dan fikir apa yang kita nak kata ni adakah akan membuatkan kita berbulu kalau orang yang cakap macam tu dekat kita.. Berkesan 100%.. Hahaha, sebab Ibu dah alhamdulillah, bolehlah menjaga mulut ni sikit,

Adalah beberapa hamba Allah yang diluar sana yang masih lagi cakap macam diri sendiri tu sempurna sangat, kerja memaki orang, kalau maki orang diam-diam tak apalah lagi, ini sampai ke laman sesawang macam Facebook, Twitter dan Blog.. Maki orang, bagi semua orang baca.. Ingat orang akan respect ke bila kita mengunakan perkataan-perkataan mencarut tu semua, macam kakak Ibu sendiri pernah diupdate status blog org cakap dia 'asshole, m'f*ker" dan sebagainya.. ish ish ish..

Kadang-kadang tanpa kaji selidik apa sebenarnya yang berlaku, terus saja mengata orang. Apalah nak jadi kan, kita kena ingat yang sekali kita buat dekat orang seribu kali Allah akan buat dekat kita.. Dan walaupun Ibu ni bukannya pandai sangat bab bab agama ni, Ibu tahu yang dalam islam kita disuruh menutup aib orang, berdosa kalau bukak aib orang, jadi blogger and reader semua (kalau ada yang baca lah) janganlah kita mengaib kan orang lain, tambahan pulak dekat laman web yang satu dunia boleh baca.. Sebab takut, sekali orang lain buka aib kita, tak termakan ooo... ;D

xoxo

Friday, March 18, 2011

Tips Kurus Selepas Bersalin..

Wah, title memang gempak kan kan kan (haha, masuk lif tekan sendiri) Tapi apa yang Ibu nak post kat sini tak ada kena mengena dengan title atas tu, suka hatilah.. blog Ibu kan.. hahahaha ;D

Well ibu nak cita ni sebab perasaan hasad dengki Ibu dengan wanita-wanita serta Ibu Ibu lain di seluruh dunia ni yang boleh mengempiskan badan mereka tu, sekelip mata sahaja lepas bersalin, Ibu ni dah berkelip kelip tak berhenti mata ni, masih tak turun-turun berat badan ni..


Sedih memang menyedihkan, tambahan lak bila ada cik Abang tersayang tu 'ehem-ehem' sindir bentuk badan baru ni kan.. Tragis sungguh.. huhu, Ibu memang teramat syukur dengan badan Ibu ni, cuma nak brush up sikit-sikit terutamanya bahagian perut dng peha tu.. Pehh, kalau dipanggang memang 10 orang tak habis. Haha ;D

Ibu pergi dah ke Gym sebelum ni, setiap hari untuk hampir 4minggu and it really works, my body did look different, lepas tu bibik yang jaga Kelly telah dengan suka hatinya melarikan diri, tinggallah Ibu kesedihan sebab dah tak boleh ke gym, baru-baru ni Ibu pergi cancel membership dekat Celebrity Fitness (Wangsa Walk)

Jadi kepada ibu-ibu yang anaknya tak sampai setahun lagi tu, dan badan tu dah kembali ke jalan asal nya tu, bagilah tips tips ya, tapi Ibu tak boleh makan ubat-ubat atau herba-herba tu semua sebab maklumlah menyusu badan sepenuhnya..

Someone Got Somein' Bakin In The Oven ;D

Hahahaha,

Not ME..!! Fuhhh, haha.. It's Kak Lynn, my sister from another mother and father.. Haha, Dia memang kawan karib keluarga Adza sejak hampir 10tahun dah sekarang ni. Pada mula kami kenal Kak Lynn ni, dia memang selalu saja single and ready to mingle, kalau nak cari orang paling sporting, Kak Lynn lah jawapannya.. Memang Ibu dah sayang dia macam darah daging sendiri, tambahan semua in's and out family Adza ni dia tahu.


Seminggu sebelum Kak Lynn kahwin, Ibu Mak Dara & D Adza semua planning 'Bachelor Party' untuk Kak Lynn, memang terbaik dari kampung Party tu.. All White ;D so much fun, Ibu rasa antara yang paling seronok dalam hidup Ibu..

Satu hari tu dia bagitahu yang dia dapat job offer dekat KLIA, kami semua punyalah melalak menangis, iyalah Kak Lynn nak pindah jauh dari kami tanpa tahu yang Allah ada rancangan untuk dia, rancangan yang lebih baik dan tak disangka-sangka..

Beberapa bulan lepas dia pindah, dia datang layan band dengan Ibu semua dekat Shangri La Hotel KL, tempat D Adza perform.. Dia bawa seorang jejaka yang pada masa tu hanya kawan dia, akhirnya itulah suaminya.. Berjumpa dekat KLIA, dah jodoh kan.. Ibu tahu yang memang Kak Lynn ni tak planning nak berkahwin dah pun, sebab masa dia pindah tu usia dia dah berganjak 30tahun, dia siap keluarkan semua duit simpanan utk kahwin dia rm10k untuk beli kereta.

Tapi jodoh di tangan Allah, bertambah Ibu terharu bila Kak Lynn minta Ibu jadi pengapit dia, sob sob sob.. Memang Ibu tak pernah jadi pengapit, tambahan pulak masa tu Ibu dah mengandung 4bulan kan.. Tapi dia nak jugak Ibu jadi pengapit dia.. Ibu terus setuju tanpa fikir panjang-panjang.. It's an amazing honour ;D
sibuk Ibu membetulkan pengantin kita ni, bagi cun cun.. haha



Setelah lama mencuba untuk ada baby, Kak Lynn datang rumah wajah dia glowing sangat-sangat, kami semua suspect dia dah mengandung tapi dia tak percaya, akhirnya berita buruk apabila Kak Lynn keguguran setelah 8minggu mengandung. Huhuhu..

Allah akan memberi pada hambanya yang meminta, tak lama kemudian Kak Lynn disahkan mengandung buat kali keduanya, dan due bulan 9 nanti.. setakat ni tiada masalah yang dialaminya, hihi.. Ibu tak sabar nak dapat anak buah baru nanti.. Congratulation in advance Kak Lynn, kalau girl letak nama Emie, kalau lelaki letak nama Emie jugak, hahaha

xoxo

Thursday, March 17, 2011

Bila Jiran Sebelah Buat Giveaways

Hello Fellow Bloggers..

Anda perlukan wang segera?! tak perlu cari Bank, tak perlu cari Along, kita cari Mak Dara saja.. hahahahahaha.. Sekarang ini blog Mak Dara tengah buat lucky draw berupa wang ringgit sebanyak rm50, dan dia mengaku yang kalau banyak sambut wang tunai akan dinaikkan hingga ratusan ringgit malaysia..

Apa lagi geng, jom kita ramai-ramai serbu Blog Bicara Mak Dara, kasi gempak sikit.. Jangan lupa follow dia jugak tau ;D

http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/03/lucky-draw-by-mak-dara.html

Ikut ja link yang disediakan ni, follow, then join lucky draw, senang saja.. ;D

lucky draw mak dara

Syukur Alhamdullilah hari ini 17, March sudah genap 2 bulan pembukaan Blog BICARA MAK DARA ni. Pada UlangBulan yang pertama Mak Dara telah mengadakan GA maka pada UlangBulan kedua ni Mak Dara nak adakan LUCKY DRAW pulak untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Mak Dara akan buat yang simple, yang sempoi dan yang tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.

Apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai LUCKY DRAW by MAK DARA ini ialah: BERIKAN NAMA 2 ORANG WANITA YANG MENYANYIKAN LAGU APA KAU RASA
(jawapannya berada pada saat ke 7 video dibawah)


Late Night Craving



Dear Qhaliesya,

Salah satu benda yang Ibu paling tak suka atau tabiat buruk Ibu adalah (drum roll) late night craving.. Sigh, it's kinda the reason why i hardly drop any pound post baby..

Even masa Ibu tengah tulis post ni pun perut ni macam meminta minta, merayu-rayu supaya diisi dengan fast food.. Sekarang ni Ibu tengah teringin nak makan KFC or Double Cheess Burger.. Nyum Nyum... (drooling)




Lepas tu Ibu dengar pulak bunyi motor lalu depan rumah, teringat terus McDelivery.. Muahahahhaahhaha.. Haishh, tak tahulah sampai bila Ibu boleh teruskan hidup yang tak sihat ni, haha, sampai obesiti kot, haha.. Harap-harap tak lah kan..

Ibu memang nak sangat kuruskan badan Ibu ni sebelum Kelly 1st Birthday celebration bulan depan, tapi rasa-rasanya tak sampai kot hajat ni, takpe, there is always next year kan, maybe masa Kelly celebrate birthday 2tahun, Ibu back to my old bod back.. hahahaha

But for now, i think am just gonna have to bare with it and just satisfied my craving, McD here i comeeee..................!!! haha

xoxo

Tersalah Masuk Blog

Hihi, Ibu tadi punyalah seronok tengah blog walking, cari tips dengan idea untuk meng'improved' kan blog Super Ibu ni.. Lagipun, seronok Ibu baca cerita-cerita orang lain kan.. Hihi, Eh sambung balik cerita..



Ibu tadi tiba-tiba terbuka Blog yang dicipta khas untuk meminta kita ni semua 'convert' @ tukar agama ke Kristian.. Subahanallah.. Bukannya apa, Ibu cuma terkejut saja bila buka tu terus ada baca Bible.. Huhu, Ibu tahu yang hal agama itu hak masing-masing dan Ibu amat menghormati agama orang lain, cuma itulah terkejut sebab tersalah masuk blog.. haha



Peringatan untuk orang-orang muda lain, kalau kita tersalah masuk blog yang 'lain' macam je kan, janganlah kita nak baca lagi ke apa, terus tutup ja.



Sbb bukan apa, takut terikut-ikut.. Mintak simpang kan.. hihi.. Walaupun Ibu ni bukannya orang yang pandai sangat hal agama ni, tapi masih nak ingatkan para saudara yang beragama islam..

Bahaya gak kan blog walking ni.. hahahahaha.. till next time, xoxo


Btw : cartoon ni cuma lawak-lawak saja ya.. Tak ada kena mengena yang hidup mahupun yang mati, dan sebagainya, cuma sekali lagi sekadar 'lawak-lawak'..

KELLY BERCANDA DI PANTAI

Dear Qhaliesya,

Inilah kali pertama Kelly pergi main dekat pantai, (5/1/2010) it's historic.. hahaha, Pada mualanya tu Kelly menangis jugak takut bila air datang ke kaki Kelly, tapi lama-kelamaan Kelly mulai suka air tu and paly with it ;D


Kelly seronok sangat bila ayah jalankan Kelly dekat tepi pantai (gigi-gigi air) tu. Kelly pun sibuk tengok orang-orang lain yang ada dekat pantai tu, tapi nasib baik masa kita pergi tu bukan cuti sekolah, jadi tak adalah ramai sangat orang.


Ibu suka sangat gambar dekat atas ni, sebab Kelly tengok air yang datang ke kaki Kelly dan ibu rasa Kelly rasa geli dengan tanah/pasir dekat kaki Kelly




Two of my most favorite person in this whole wide world..


Ibu harapkan kita dapat pergi lagi dekat pantai, mungkin lain kali kita boleh pergi ramai-ramai dengan family semua kan, bawa semua sepupu Kelly sama, mesti lagi happening..

xoxo
Dear Qhaliesya,

Wednesday, March 16, 2011

Al Kisah Zainal Dengan Ikannya..

Dear Qhaliesya,

Ayah Kelly mmg suami yang amat baik, tapi malangnya dia selalu curang dengan ibu, tiap-tiap hari ahad, mesti dia pergi curangi Ibu, tapi alhamdulillah bukan dengan perempuan lain (kalau ya, siap dia rumah terbakar) haha, tapi dengan Ikan-ikan dekat kolam memancing....




Kadang-kadang Ibu boleh naik tension dan bad mood sangat-sangat tau, sebab dia akan keluar memancing pukul 6-7pagi, balik pukul 2-3petang, bila Ibu ajak keluar saja dia dah letih tak cukup tidur, Ibu paling bengang kalau alasan dia itu..


Kalau Kelly nak tau salah satu sebab kenapa Ayah nak sangat ke P.D time cuti birthday dia (4-6/jan/2010) dulu, sebab dia ingat boleh pergi sewa bot dan memancing ke laut dalam, tinggal kita jalan-jalan dekat hotel tu.. Ish Ish Ish..


But at the end of the day, i guess semua orang ada hobi masing-masing dan ayah punya hobi memancing, sebanyak mana Ibu benci memancing pun, ibu terpaksalah akur dengan hobi ayah tu memang tak boleh ubah.. muahahahahahahahahha...

xoxo

Kelly Vacation


Dear Qhaliesya,

Look how chubby you look up there, haha, this pic was taken @ 6/jan/2010 and you are about 9month.. ;D

You have been to Port Dickson when you are just 2month, but this time it's just u, me and ayah.. Our very own family 1st outing together..


You were quite tired after we arrived @ Port Dickson.. But u are on your best behaviour that day, hihi..




How adorable all of these pic, and there are alot more.. But these are some of the best ;D

Celebratin' Ibu 21st Birthday

Dear Qhaliesya,

Everyone know that when it's your 21st birthday, it's THE birthday you are allowed to get all wild and crazy.. Dancing in the club, having lots of fun, well.. mine is kinda the same just lot more child friendly.. hahahaha..

frankly, i do wish that i have that crazy birthday party in d some club, but been there done that.. haha, so for my 'legal' birthday.. I've brings all of the Adza clan and celebrate it at Monkey Bar, Legend Hotel..


You are about, 8month by my 21st birthday, and i love the facts that i just turn 21 (7/dec/10) and i have a cute baby and hansome husband, instade of crazy, unstable, self centered boyfriend and friends.. hahahaha..


Bad news, it just every pic that was taken is either blur or shaky, darn it.. hahaha.. But it still so much fun..


siap kek bday ibu salah eja nama ibu lagi tu.. hahahahaha


And just think about it, when am celebrating my 30th birthday, you'll be 8years old.. ;D

Tuesday, March 15, 2011

Enjoying McD' @ 3am ;D


look at you, you hv got ur mouth full of mcD's

Dear Qhaliesya,

Ok, I must admit that when am pregnant with u, i always have this ugly craving (well quite frankly, before, during, and after am pregges').. When the clock turn 2am, my tummy begin calling for McDonald.. Yum Yum.. Just blogging about it makes me hungry.. My fav, double chees burger or spicy chicken mcdelux.. nyum nyum...


my baby girl is looking for some more yummy fries at 3am

So it's bound to happen that you my girl, also love McD (i suppose) because when i get a lil' worn out or too lazy to make u porrige, i will call 1300131300.. my savior.. haha, and u love McPorrige, chicken.

that's my girl... Ibu loves u so much and i promise u, more nutrion and healthy food soon

Kelly, u were never fussy about food and i know that alot of people out there will be critical about my choice of food that am feeding you, but hey, it's not every night and day am allowing you eating mcD, just some time..

do really hope that when u are old enough to be reading all this post, u'll still heart mcDonald.. hahahaha.. ;D

xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...