CERITA #THROWBACK
Hello Guys,
in spirit of this blog and to help future mummy & daddy out there saya nk ceritakan tentang pengalaman saya checkup di Colombia Asia Setapak.
Bila sahaja anda masuk ke situ, anda akan disuruh untuk serahkan kad Colombia Asia (bagaimana nak mendaftar dengan Colombia Asia akan dalam blog seterusnya) Bila sahaja selesai, anda akan dibawa ke bahagian belakang hospital itu dan sudah pasti nama anda akan tertera di skrin TV yang menunjukkan nama-nama pesakit.
Doktor yang saya jumpa adalah Dr Suhaimi Hassan, antara yang paling memuaskan untuk saya lah sebab dia sangat teliti dalam sewaktu scan, bukan seperti sesetengah yang hanya habiskan 1-2minit lihat scan tanpa explain apa-apa kepada kita dah tamat.. Beliau lain, dan terbaik untuk pandangan saya.
Akhirnya dia akan scan 4D, kita boleh lihat wajah, malahan jantina dan sebagainya dengan peralatan yang baru dan berteknologi terkini. hehe.. tapi do keep in mind yang ini hampir 3 tahun dahulu, tetapi pastinya masih lagi terbaik..
muka Adza Qhalifah Dhany masa dalam perut!
dan yang bestnya.. harga yang sering saya di charge setiap check up adalah dalam range RM 120 - RM180, termasuk ubat-ubatan, scan 4d, dan hendaklah saya katakan di sini, ubat-ubatan yang kita dapat bukanlah seperti biasa, malahan di dalam bekas ubat yang baik.
terakhirnya, saya berikan pengalaman check up saya di HOSPITAL COLOMBIA ASIA SETAPAK sebanyak 5 BINTANG..