Dear Qhaliesya,
Hari yang dinanti-nantikan, telah pun tiba.. Yeay!! :D Hari jadi Kelly jatuh pada hari jumaat, jadi Ibu dengan ayah deside yang kita buat birthday party pada hari Ahad, sebab baru ramai yang cuti hari tu.. Memang jumlah orang yang datang terlalu ramai berbanding yang Ibu fikirkan, syukur alhamdulillah.. Kiranya jumlah ayam lebih 14ekor, tak termasuk makanan-makanan lain.. Memang meriah sungguh birthday party Kelly, dengan hadiah pun punyalah banyak...
Birthday girl bersama ibu, ayah, tok, wan & nenek
Ibu betul-betul gembira sangat dengan keseluruhan majlis sambutan hari jadi Kelly yang pertama, hihi.. And am sure you are too sweetheart.. Kelly jadi center of attention, mestilah dia happy bangat, dengan semua orang berebut-rebut nak tangkap gambar dengan dia, nak dukung dia.. Haha..
Adza Qhaliesya, special birthday cakes
Sebenarnya ada cerita sangat lucu pasal Kek tempahan Kelly ni, masa Ibu buat tempahan ibu mintak Kek numbor 1 yang warna-warni stripe.. Haha, Otak ibu duk imagine warna warna pelangi masa tempah tu, tapi alangkah terkejutnya bila dapat kek sekali dia buat Kek Satu Malaysia, dengan warna kuning, biru dan stripe marah putih.. nak menangis jugaklah ibu bila bukak kek itu, tapi alhamdulillah dengan kreatif sendiri, Ibu beli banyak2 smarties dan cover semua kek itu kecuali bahagian kuning.. hahahaha
Semua anak-anak buah pakai Tutu khas untuk sambutan hari jadi Qhaliesya, how adorable do all of them look, tengok betapa gembiranya Kelly :)
Ratusan demi ratusan gambar yang ditangkap, dan Ibu hanya share moment-moment yang penting saja.. hahahaha ;D sebab lambat la nak upload picture masuk ke dalam post ni.. Btw : gaun pink yang Kelly pakai masa tiup kek itu Ibu beli khas dari Party Princess, dan kek itu ditempah khas dari Klang.