Followers

Tuesday, May 31, 2011

Kandungan 9 Minggu :)


Wow, cepat juga masa berlalu, Ibu dah 9 minggu mengandungkan anak kedua Ibu :) alhamdulillah rezeki Allah bagi.. Bagi mereka yang belum pernah mengandung confirm tak tahu dekat manalah bayi Ibu tengah ada kan.. hihi.. Ok baby Ibu yg bentuk kecil dalam bahagian atas sekali gambar tu..

Semuanya normal, tak ada apa-apa masalah.. dan insya allah Ibu due bersalin pada 2 january 2012.. cantik jugak tarikh tu kan.. hihi.. Jadi Ibu amat harapkan kali ini Ibu dapat bayi lelaki, tetapi kalau perempuan pun Ibu tak kisah.. Yang penting cukup sifat, satu jantina, dan selamat semuanya amin... :)

Monday, May 30, 2011

Makan Malam Bersama Tersayang

Tepat pukul 6petang tadi (30/5/11) ibu terima panggilan daripada adik Ipar Ibu, Ikin ajak Ibu ke Baro Ombak untuk makan bersama adik-adik ipar & ibu mertuaku.. huhu, Jadi Ibu pun terus bersiap dan siapkan Qhaliesya and tunggu abang kandungku Edie hantar ke sana...


Lama juga Ibu tak jumpa adik ipar lelaki Ibu, Azmi sebab diaorang semua tinggal kat KK, Sabah.. Last sekali jumpa masa Qhaliesya masih lagi dalam pantang, kira dekat setahun jugaklah tu.. Ibu mertua pulak baru je balik Sabah selepas sebulan duduk dengan Ibu dkt KL nie.. hihi..

inilah semua adik-adik Ipar Ibu, dari kiri yg bongsu Jiji, Azmi (ketiga) dan Ikin (kedua) tepi sekali mak mertua Ibu.. suami Ibu anak yg sulung..

Inilah kali pertama Ibu saja yang ikut mereka satu family keluar tanpa suami, selalunya suami ada sekali.. Jadi kira ini one on one time with them lah.. haha, Suami ibu tengah kerja time kami tengah sedap-sedap makan.. huhu.. Btw, Thanks Azmi sebab belanja makan.. Jiji, Azmi & Mak esok nak berangkat ke Medan, Indonesia untuk jalan-jalan.. Seronok kan.. huhu :)

Friday, May 27, 2011

Bila Kelly Tidur

Humm, bagi semua Ibu Ibu, mesti tahu situasi ni dimana bila anak kita tido, kita jadi bosan.. Tapi selalunya kita yang nak tidurkan anak sebab banyak kerja nak kena buat, susah kalau dia 'tolong' sama kan.. hihi..


Ibu sebenarnya kena siapkan skrip Ibu, tapi entah macam mana jadi malas sangat nak buat.. bila Qhaliesya tido saja, mulalah kebosanan melanda sedangkan masa dia tak tido, usaha macam-macam untuk letihkan Qhaliesya, hahaha.. Entahlah, mungkin Ibu seorang saja yang rasa macam ni atau ada Ibu Ibu lain yang rasa macam ni.. :P

Good news nya, post Ibu sebelum ni tanyakan sama ada Katie Holmes mengandung ke tak, jawapannya TIDAKKKKKK!! haha, dia tak mengandung, tetapi seorang selebriti realiti kegemaran Ibu dengan Mak Dara, Kim Kardashian dah bertunang.. Yeay, tak sabar nak tengok dia kahwin..

Monday, May 9, 2011

Katie Holmes Mengandung??

Jeng Jeng Jeng.. Inilah berita panas yang sedang meluap-luap dekat Hollywood sekarang ini.. Semasa hari Ibu semalam, Katie Holmes dilihat berjalan-jalan shopping dekat pusat membeli belah kegemaran dia, Barneys.. Ibu teringin jugak nak pi situ, tapi situ macam Pavillion lah, semuanya butik mahal2 belaka..

tengok dekat perut dia tu, macam baby bump kan?? hihi

Eh, lupa pulak nak khabarkan, kalau yang nak tahu, Katie ini isteri kepada Tom Cruise, diaorang ada seorang anak dara nama Suri, 5tahun.. Entahlah nak katakan, sebab artis-artis sana manalah yang buncit-buncit.. Lagipun Katie ni memang seorang yang gila ke gym..

Wallahhualam, korang cuba tengok dan rasa-rasanya, dia mengandung ke tak? Comment tengok.. Manalah tahu, kalau ya.. Kiranya Ibu ada geng mengandung lah kan.. Hahahhahahahaha

Saturday, May 7, 2011

Ibu Kaulah Duniaku


Salam :) Selamat Hari Ibu bagi semua Ibu-Ibu diluar sana.. Ibu tahu yang sekarang ni mesti ribuan bloggers akan buat entri mengenai Ibu masing-masing.. Tapi, biar Ibu ceritakan tentang seorang insan paling mulia bernama Zaleha Md Darus.. :)

Dialah cinta hati Ibu, dia yang melahirkan Ibu ke dunia ini, walaupun kami hidup susah tapi Mak sentiasa akan cuba mendapatkan segala apa yang kami mahukan, dialah Mak yang sejati.. Ibu belum pernah dan tak akan jumpa wanita sebaik beliau.. Kalau Ibu ni seorang hartawan, akan Ibu bina rumah emas untuk dia, namun Ibu hanya mampu berikan dia segala kasih sayang Ibu..

Kalau semua nak tahu, Mak tak pandai nak buat muka dekat orang, walaupun orang semua selalu pijak kepala dia, dia tetap baik tetap jaga.. Subahanallah, memang srikandi dia di mata Ibu, walaupun Ibu dah berkeluarga, dia tetap layan Ibu macam Ibu ni masih kanak-kanak yang akan dijaga setiap keperluannya, siapkan makanan kegemaran Ibu, tolong ibu kemaskan bilik dan sebagainya.. Dan dia memang seorang yang akan menyokong setiap kehendak anaknya itu.

Hal ini selalu buat Ibu ingat yang Ibu ni bukannya seorang anak yang baik sangat, tetapi kita semua tidaklah sempurna.. Tapi ibu berjanji akan menjaga Mak ibu sampai dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan terus terang Ibu katakan, Ibu lebih rela meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Mak, sebab Ibu mesti takkan boleh terima ketiadaannya itu..

I love you so much Mak.. Zaleha Bt Md Darus

Wednesday, May 4, 2011

Usaha Dapatkan Anak Lelaki

Salam :)

Seperti yang semua dah tahu, Ibu sekarang sedang mengandungkan anak pertama Ibu, baru 1st trimester (about 5weeks) Nak tahu apa kegilaan terbaharu Ibu? ha, ibu setiap malam akan goggle 'tips mendapat anak lelaki' hihihi, walaupun tak adalah banyak sangat info yang Ibu dapat, sebahagiannya dah pun ibu sendiri tahu.. :) Tambahan keluarga sebelah ibu ni, memang kaya dengan anak perempuan.. Dalam kesemua anak buah Ibu (yang kakak2 kandung ibu lahirkan) hanya 2orang lelaki daripada 8orang anak buah.. termasuk dengan anak Ibu, Qhaliesya.. Kiranya 7orang cucu perempuan mak abah Ibu.. Huhu..


Oleh sebab itulah, Ibu teringin sangat nak dapatkan anak lelaki.. Dan, ini antara tips-tips yang Ibu perolehi dari internet bagi mereka yang nak dapatkan anak lelaki.. Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT makbulkan doa kita, amin..

  • disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
  • mengelakkan makanan yg berasam dan berasid seperti jeruk, air limau @ orange dsb. Lebih baik
    mengambil makanan laut.
  • Amalan minuman kurang manis
  • Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan
    badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda
    bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf 2. Mengurut kandungan/perut
    dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama "Muhammad"
    atau "Ahmad"/"Amin"
Ini semua Ibu pilih bagi yang di awal kehamilan, banyak lagi kaedah untuk dapatkan anak lelaki sebelum kehamilan lagi.. Hihi, harap-harap ini semua membantu, tapi kena ingat at the end of the day, semuanya ketentuan Illahi, tak kisahlah lelaki atau perempuan yang penting cukup sifatnya, dan sihat.. alhamdulillah :)

Tuesday, May 3, 2011

Yeay :) Follower ke 150 super Ibu


"Tuan punya blog nie tak tentu guna kata ganti diri. Kadang-kadang SAYA, kadang-kadang AKU, kadang-kadang CEK, kadang-kadang HAJAR. Ikutlah keselesaan setiap entri tu.. HARAP MAAF!!" hihi, itulah dia comment Follower ke 150 ibu ni..

Namanya Hajar Rashid aka budak kecik.. ;) ramai follower dia, dah 500++ hopefully Ibu pun akan dapat seramai itu follower insya allah.. So thank u so much Budak Kecik sebab sudi menjadi follower ibu yang ke 150..

Dan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower Ibu ya ;)


http://budakkeciksite.blogspot.com/ link utk ke blog dia ;D

Monday, May 2, 2011

Rezeki Untuk Anak Seorang Lagi..

Salam,

Selamat hari buruh kepada semua pekerja-pekerja yang dapat cuti hari ni, bagi yang tak dapat cuti, kesian nak buat macam mana, dah buruh kan.. hihi :)

Pada tanggal ahad minggu lepas Ibu rasakan sesuatu yang agak berlainan dengan tubuh badan ibu, sebab 2-3hari sebelum tu, Ibu ada muntah sekali masa otw ke meeting.. Ibu ni bukannya jenis yang senang muntah.. Jadi disebabkan itu Ibu rasakan sesuatu mesti ada ni, Ibu pun suruhla suami Ibu belikan pregnancy test, dan mula-mulanya keluar satu garisan saja, tapi Ibu tunggu dalam 10-15saat selepas itu, muncullah satu lagi garisan yang agak-agak pudar...

Alangkah terkejutnya Ibu, Ibu terus beritahu kakak Ibu, Rina.. Dia punyalah menjerit kegembiraan dan alhamdulillah, semua orang sungguh happy dengar berita kandungan Ibu walaupun usia Kelly baru 12bulan 1minggu, cepat dapat rezeki orang cakap.


Jadi Ibu pun ajak suami ke klinik Izham untuk pastikan betul-betul, dan alhamdulillah mengikut kiraan doktor tu, Ibu sudah dalam minggu ke-4 :) tapi betul sebetul-betul pastinya sebab tak scan lagi, hujung bulan ni baru Ibu boleh scan bila dah masuk 8minggu..

Haha, semua orang cakap kalau menyusu badan sepenuhnya jangan risau nak makan pil perancang ke apa, sebab insya allah terjamin takkan mengandung selagi menyusu, tapi nampaknya kurang berkesan dengan ibu.. Hahaha.. tak apalah, rezeki Allah SWT,

Ibu harapkan kali ini boleh dapat anak teruna pulak, insya allah.. Sesiapa yang baca post ni tolonglah doakan dengan Ibu minta-minta lelaki.. Hihi.. Jadi mulai sekarang akan rajinlah Ibu update blog pasal anak sulung Ibu, Adza Qhaliesya, dan perkembangan kandungan Ibu..

Insya allah ibu akan masukkan banyak lagi tips-tips berguna dan pengalaman membesarkan anak ketika di usia muda.. XOXO

Saturday, April 30, 2011

Majlis Hari Jadi Pertama Adza Qhaliesya Zainal


Dear Qhaliesya,

Hari yang dinanti-nantikan, telah pun tiba.. Yeay!! :D Hari jadi Kelly jatuh pada hari jumaat, jadi Ibu dengan ayah deside yang kita buat birthday party pada hari Ahad, sebab baru ramai yang cuti hari tu.. Memang jumlah orang yang datang terlalu ramai berbanding yang Ibu fikirkan, syukur alhamdulillah.. Kiranya jumlah ayam lebih 14ekor, tak termasuk makanan-makanan lain.. Memang meriah sungguh birthday party Kelly, dengan hadiah pun punyalah banyak...

Birthday girl bersama ibu, ayah, tok, wan & nenek

Ibu betul-betul gembira sangat dengan keseluruhan majlis sambutan hari jadi Kelly yang pertama, hihi.. And am sure you are too sweetheart.. Kelly jadi center of attention, mestilah dia happy bangat, dengan semua orang berebut-rebut nak tangkap gambar dengan dia, nak dukung dia.. Haha..

Antara hadiah-hadiah yang Kelly terima pada majlis sambutan hari jadi


Adza Qhaliesya, special birthday cakes

Sebenarnya ada cerita sangat lucu pasal Kek tempahan Kelly ni, masa Ibu buat tempahan ibu mintak Kek numbor 1 yang warna-warni stripe.. Haha, Otak ibu duk imagine warna warna pelangi masa tempah tu, tapi alangkah terkejutnya bila dapat kek sekali dia buat Kek Satu Malaysia, dengan warna kuning, biru dan stripe marah putih.. nak menangis jugaklah ibu bila bukak kek itu, tapi alhamdulillah dengan kreatif sendiri, Ibu beli banyak2 smarties dan cover semua kek itu kecuali bahagian kuning.. hahahaha

Semua anak-anak buah pakai Tutu khas untuk sambutan hari jadi Qhaliesya, how adorable do all of them look, tengok betapa gembiranya Kelly :)

Ratusan demi ratusan gambar yang ditangkap, dan Ibu hanya share moment-moment yang penting saja.. hahahaha ;D sebab lambat la nak upload picture masuk ke dalam post ni.. Btw : gaun pink yang Kelly pakai masa tiup kek itu Ibu beli khas dari Party Princess, dan kek itu ditempah khas dari Klang.

Thursday, April 28, 2011

Blog Bagi Suspen..


Salam, link yang buatkan Ibu suspens...

http://gad1ss0ypans.blogspot.com/

Hihi, Ibu tengah syok Blogwalking time pepagi ni, hujan plak tu.. then bukak lah ke nickname ; gadis ni.. Tak tahulah dia yang set macam tu atau apa, tapi setiap kali Ibu tekan ke link dia, terus windows Ibu akan jadi macam kena virus blinking & going in circle then baru dia akan bukak..

First time kena tu, mahu nak terkencing jugak Ibu ingat lappys Ibu ni dah kena virus attack tapi it's resolved later, dan ibu ter click sekali lagi, same thing... Jadi sebab itu Ibu leh detact yang mungkin blogger ini nya attention untuk jadikan window page kita begitu setiap kali bukak.. Hahaha.. Scary.. Kalau tak percaya, cuba try click kat link yang Ibu kasi atas tu...

Anyway, xoxo..

Newest Blogger In The Adza's Family Club

Hihi, Kalaulah Ibu nak cari seorang gadis untuk tolong Ibu cakap english, ibu akan cari anak buah perempuan sulung Ibu ni.. Adza Danina Kirana.. She is such a cutie, she loves telling people jokes, dan kadang-kadang angin marah dia ni boleh tahan jugak, sebab dia jenis yang tak sabar sangat.. Kalau dia nak pinjam lap top, tu dia akan tanya terus-terusan sampai kita bagi.. Hahaha

But am sure she's gonna be my buddy when she gets older, sebab jarak usia dia dengan Ibu, sama jarak usia Ibu dengan kakak sulung ibu, dan Ibu tahu yang dia ni mesti akan jadi Hot Chick bila besar nanti, haha.. Jadi mulai sekarang ibu dah nak kena praktis jadi guard dia ni.. Haha..

So you guys, please support my beautiful, talkative, and nevertheless smart, niece by following her blog, she might tell ya a few jokes she have.. ;D


Xoxo : Acu love u so much Kirana <3

Di Sebalik Tabir Majlis Hari Jadi Qhaliesya

Fuhh, bukan senang nak buat majlis sambutan Kelly secara meriah-meriah ni, sebenarnya Ibu dengan Ayah ingat mula-mula tu nak buat kecil-kecilan sahaja, cuma panggil ahli keluarga terdekat dengan jiran-jiran sedikit. Tapi alangkah terkejutnya Ibu bila Ibu dapat respons yang sangat baik, semua nak datang ke majlis sambutan hari jadi Adza Qhaliesya yang pertama.. Terharu Ibu tau.. Sob Sob Sob..

semua mak cik-mak cik Kelly dikerjakan habis-habisan supaya nampak meriah birthday party Kelly malam tu.. Thank u so much you guys.. #fantasticsistah

Ibu banyak berhabisan jugaklah untuk majlis hari jadi Kelly, tapi puas hati yang teramat sangat :) Hari sabtu lagi Ibu dah keluar beli barang-barang untuk majlis hari jadi Kelly dekat Tesco Ampang, alhamdulillah nak jadi cerita pula, ayam tengah murah masa Ibu beli, jatuh seekor rm10 saja.. Jadi ibu pun beli 10ekor ayam, ayah pun beli semua kelengkapan yang penting-penting lah..
Ibu tolong perapkan ayam untuk di 'bako bako' esoknya..

Mak Ngah dengan Mak Long pun besar hati tolong bawakan pembantu rumah diaorang masing-masing datang tolong majlis hari jadi mula hari sabtu lagi.. Jadi ibu senang banyak jugaklah. Ibu pun order Kek dari kawan Mak Rock, memang puas hati dengan semuanyalah..

tengok ayah Kelly turunkan kerusi dari balkoni rumah lagi..

Ini antara gambar 'behind the scene' sekitar sebelum mulanya majlis hari jadi Qhaliesya pada 17/4/11, Ahad. Terima kasih sangat dekat semua yang tolong banyak Ibu masa majlis sambutan hari jadi Kelly, kalau tak, mampus Ibu.. Hihihihihi.. ;D

XOXO <3

Dah Dapat Kaki Dah...

Dear Qhaliesya,

Haha, right before you turn one alhamdulillah, Kelly dah pandai berjalan dah tak mahu merangkak dah pun, and Kelly menjadi cucu D'Adza yang pertama yang jalan seawal usia 11 1/2bulan..

Thanks to Wan's huge play pan yang Wan buatkan untuk Kelly, Kelly mula-mula meniti dekat tepi-tepi Play pan tu, last last dah pandai berjalan dah anak Ibu ni.. Ibu belum lagi record video Kelly berjalan, nanti bila Ibu dah selesai record, ibu akan terus upload ke blog ini Ya.. ;D


p/s : seronoknya anak cepat berjalan, kita senang banyak tak payah nak susah-susah dukung sana sini. Dia pun rasa lagi bebas berjalan, kalau nak tahu tips yang Ibu guna bagi anak ibu cepat berjalan senang saja
  • kena selalu kita dirikan dia, walaupun dia akan jatuh selepas berdiri itu, bagi dia berdiri dekat tempat yang rata & tak pakai kasut
  • bagi dia macam kerusi atau kereta tolak yang dia boleh pegang semasa dia berdiri. macam Kelly dia selalu tolak kerusi kecil Ikea itu sambil berjalan. Kita pun kena selalu pegang kedua-dua belah tangan dia, bantu dia berjalan.
Tapi setiap budak itu ada masa perkembangan dia yang tersendiri, ada budak yang sampai 1tahun 8bulan tak nak jalan lagi. Jadi kita kena banyak bersabar dan paksa dia sedikit kadang-kadang tu tapi jangan sampai dia menangis pulak.. kejam tu.. hahahaha.. ;D

Monday, April 25, 2011

Qhaliesya Sudah Setahun ;D

Dear Qhaliesya,
Pejam celik Pejam celik, anak ibu ni dah cukup setahun 3minggu dah pun ;D hihi, disebabkan Ibu lama tak update blog Ibu ni, hendaklah ibu mulakan dengan majlis sambutan hari jadi Kelly secara kecil-kecilan saja..

Ayah dapat cuti 3hari sempena hari jadi Kelly, jadi pada malam tepat jam 12 (15/4/11) tu hanya Ibu seorang saja menyanyikan lagu Happy Birthday dekat Kelly, lepas tu bila Wan, Tok & Pok Cik dengar Ibu menyanyi, mereka pun turun menyanyikan Kelly lagu 'happy birthday' ramai-ramai, hihi..

Kelly tak faham sangat lagi, just smiling and clapping your hand. Super adorable ;D Jadi keesokkannya itu, Ibu ada meeting pulak, jadi tak sempat nak bawa Kelly jalan-jalan so hanya bawa Kelly ke Crossroad Shah Alam (Concord Hotel) untuk celebrate.. ;D

Kelly masa ni baru berlajar buat expression muka baru, tengok tu suka berkerut mukanya saja, haha. Masa ni tengah satu Crossroad tu menyanyikan Kelly lagu 'Happy Birthday' tapi Kelly cuma kerutkan muka saja.. Nasib baik comel tau.. haha :)

Kelly main dekat coffee house hotel, sambil ayah menikmati makan malam dia. Btw: baju Baby KiKo yang Kelly tengah pakai ni, Mak Rock Kelly yang belanja tau, hadiah birthday, kasut petak2 tu jugak.. So Mak Rock are the 1st person yang bagi Kelly hadiah birthday ;D

my two most favorite people in the whole wide world, i love both of you to bits <3

lama Ibu tak update blog ;D

Salam guys...



Rasanya lama sangat Ibu tak update blog Ibu ni dengan cerita anak gadis kesayangan Ibu ni.. Hihi, anybody miss me?? haha, of couse not :D


Biasalah kita, ada time jadi malas nak buat blog kan, hihi, blog walking pun lama sangat Ibu tak buat2.. Takpa, dengan semangat baru ni, Ibu akan cuba sambung semula penceritaan perjalanan kisah kehidupan Ibu bersama anak kesayangan dan keluarga tercinta ya,


Tambahan, banyak perkara yang teramat best berlaku dalam hidup Ibu sekarang ni, jadi Ibu akan keep on posting on my blog ya.. xoxo Bloggerland ;D

Wednesday, March 23, 2011

Cheritera Kelly Dengan Kandangnya

Dear Qhaliesya,

Semenjak dari Kelly lahir lagi, Wan kelly dah sayang sangat dengan cucu dia yang bongsu ni, sampai Ibu nak pindah pun jadi kes, tak sanggup berpisah dengan Kelly.. Tok kelly pun sayang sangat dengan Kelly, jadi bila umur Kelly masuk 7-8bulan macam tu, Kelly dah boleh merangkak. Bila Kelly dah boleh merangkak, jadi satu masalah juga, iyalah tak larat sesiapa yang jaga Kelly terutamanya Ibu nak mengejar anak Ibu ni. Merangkak laju yang amat.. haha, Wan pulak takut sangat kalau masa Kelly tengah merangkak tu, Kelly kena gigit semut ke, kutip benda-benda dekat lantai ke, macam-macam lah..


Jadi bila time Wan gaji 2-3bulan lepas, Wan terus ke hardware store dan beli semua kayu-kayu dan kelengkapan lain untuk custom made Play Pan Kelly sendiri. Wan buat sebesar queen size matress. Memang puas hatilah..



Memang Play Pan Kelly inilah yang banyak membantu bagi Kelly boleh berdiri dan mula berjalan meniti 'kandang' Kelly tu. Tengok betapa Wan Kelly sayang dekat Kelly, dia yang nak masuk 70tahun tu ketuk kayu ni semua, buat dari mula sampai habis, dan guna duit Wan untuk beli semua ini.. Dia cakap biar ni jadi kenangan Kelly dekat Wan bila Kelly dah besar nanti..


Yang bestnya play pan Kelly ni, bukan Kelly seorang ja yang masuk. Kami semua, satu family masuk duduk dalam tu, sebab Wan letak betul-betul depan TV dekat living hall, tambahan Tok belikan satu tilam queen tebal letak dalam tu, supaya bila Kelly jatuh tak sakit.. Itulah dia al kisah Kelly dengan kandangnya, yang dibuat penuh kasih sayang Wan kelly..

xoxo

Tuesday, March 22, 2011

Nak Berhenti Atau Nak Teruskan...

Dear Qhaliesya,
humm.. Memang masa mula-mula Ibu dapat tahu yang Ibu mengandung dulu, Ibu dah planning akan menyusu badan baby Ibu, bukan sebab apa Ibu tahu yang susu badan itu susu yang terbaik untuk anak, tambahan pulak banyak kisah-kisah dan tips-tips orang tua2 cakap kalau kita menyusu badan, cepat kurus... dan selepas saja Ibu melahirkan, alangkah sedihnya hati Ibu bila Kelly langsung tak mahu menyusu badan, Sob Sob Sob...



Syukur selepas Ibu tak putus asa cuba dan cuba menyusu badan, masuk umur 2 bulan Kelly dah pandai menyusu badan, happy nya Ibu hanya tuhan saja yang tahu, iyalah dah tak perlu pump banyak botol sehari-hari.. hahaha. Kisahnya sekarang ni, Kelly dah nak masuk setahun dan langsung tak mahu minum susu botol lain, Ibu yang susah kalau terpaksa ada mesyuarat atau sebagainya.. huhu, Sebab itulah sekarang ni Ibu tengah cuba-cuba bagi Kelly minum susu Sustegen perisa cokelat..



Harap-haraplah Kelly nak cuba menyusu botol pulak, tapi satu benda, ibu mungkin takkan terus berhenti menyusu badan, sampai umur Kelly 2 tahun setengah macam tu, insya allah.. Cuma nak cari susu bantuan, kalau-kalau ada kecemasan dan Ibu tak boleh menyusu badan kan.. Hihihi.. ;D

xoxo

Gaji Habis Beli Makanan Saja Kan

Tajuk atas itu memang satu realiti bagi kebanyakkan orang yang tinggal dekat bandar ni ataupun dekat kampung, iyalah.. Suami Ibu kalau sekali gaji saja, bujet untuk makan-makan saja dalam sebulan hampir rm1000. Bukannya Ibu ni makan makanan yang mewah-mewah sangat, tapi iyalah, kalau masa Kelly nak makan bubur McD, sekali delivery dah rm8. Kalau beli barangan basah dekat Carefour ke, Giant ke, Tesco ke, mahu sekurang-kurangnya rm100. Itu pun untuk seminggu tak sampai bekalan.. Ish Ish Ish.. Mahal sungguh makanan sekarang ni kan, huhu.. Itulah ingat bila Ibu dengan suami dah tua, anak-anak dah besar. Kami nak pindah ke kawasan kampung, biar ada tanah sikit, boleh Ibu tanam sayur, bela ayam, jimat duit kalau nak makan, main petik dengan sembelih saja kan.. hahahaha..


gambar ni masa Ibu dengan sepupu kesygan Ibu, pergi makan dekat A&W wangsa walk,
makan coney dog 1 set dengan air mineral dah kena rm16.. mahal mahal..

Apa yang sebabkan Ibu terkeluar post pasal benda ni, tadi Ibu teman abah kesayangan Ibu keluar beli barangan dapur, mak aii.. kena sampai rm358.. tersedak sekejab Ibu sebab ingat ambil apa yang penting saja, hihi... Tapi itulah, nak buat macam mana, harga barang makin naik kan sekarang ni.. Hihi ;D

xoxo

Monday, March 21, 2011

Scary Spice Mengandung Anak Ketiga ;D

viva forever.... ;D haha, Ibu memang peminat nombor satu kumpulan Spice Girls masa kecik-kecik dulu, Sekarang ni. Update terbaru, Mel B aka Scary Spice join kawan-kawan sekumpulan dia yang lain, mengandung anak ke tiga..

Pertama yang mengandung adalah Baby Spice (Emma Bunton) dan seterusnya Victoria Becham (Posh Spice) mengandung.. hahaha.. Memang subur sungguh kumpulan Spice Girls ni.. =)

Tambahan pula, baru-baru ni Victoria confirm berita yang dia mengandungkan anak perempuan, yeay.. mesti stylo gila anak dia tu nanti.. (envyyy)..



Sekarang ni cuma tinggal Mel C dengan Ginger Spice je yang tak maklumakan sebarang berita mereka mengandung anak terbaru.. hahahaha,


Hurm, seronok tengok ramai yang mengandung sekarang ni, buatkan Ibu teringat masa Ibu mengandungkan Qhaliesya dulu, haishh, memang heaven lah, sbb tak payah risau bentuk badan dan perhatian yang kita dapat tu.. Rindu pulak nak mengandung lagi, tunggulah nanti kalau ada rezeki adalah kan.. Sekarang ni biar Ibu curahkan sepenuh kasih sayang dekat Qhaliesya Ibu tu..

xoxo

Sunday, March 20, 2011

Kris Dayanti Dah Kahwin.. ;D

Hihihi, dalam usaha Ibu untuk menbuka kan lagi horizon blog Ibu ni, Ibu sekarang akan update berita-berita terbaru artis-artis pulak ok.. hahahaha. Kalau masa umumkan nak berkahwin, Kris Dayanti bercumbuan depan wartawan sebanyak sekali, tapi lepas majlis akad nikahnya, suaminya mencium bibirnya sebanyak 3 kali, haaa...


Ini antara gambar sekitar majlis pernikahan Kris Dayanti, tak tahulah Ibu sama ada BFF dia, Dato Siti Nurhaliza hadiri majlis ini ke tak, tapi yang penting Anang tak datang katanya selesema.. Ish Ish Ish.. hihi,


Kris Dayanti mendapat mas kahwin berupa persiapan lengkap solat, baguslah macam tu kan, alhamdulillah ;D
Wahhh, loving betul ni.. hahahaha, semoga berkekalan.. ;D xoxo

WHAT IF....

Dear Me... ;P


Hurm, Ibu rasa hampir kesemua orang dalam dunia ini ada saat-saat dimana kita terfikir 'what if' atau 'macam mana jadi kalau'..... Ibu memang selalu fikir macam tu, tambahan bila ter'click' tengok gambar-gambar kawan-kawan satu UiTM dulu, teringat jugak kan macam mana jadinya kalau Ibu tak berhenti study & kahwin, Ibu mesti ada dalam gambar-gambar tu dengan kawan-kawan yang lain kan.
Banyak benda yang membuatkan ibu terfikir kan, what if i didn't fully breastfeed Kelly dari mula, campur-campur dengan susu formula, mesti senang nak tinggalkan Kelly kalau Ibu keluar kerja, what if Ibu tegaskan hati, dan ada ahli keluarga Ibu yang marah Ibu quitting university, mesti Ibu a different person sekarang ni kan.. Banyak lagi lah...

Ibu tahu yang memang tak baik kalau kita asyik fikir macam tu, tambahan pulak Ibu memang dah gembira dengan hidup Ibu sekarang, tapi itulah kita manusia, mulut senang cakap 'bersyukur' tapi hati dan perasaan tu susah kan.. huhu.. Tapi Ibu nak tekankan dekat sini, bukannya Ibu tak gembira dengan corak kehidupan Ibu sekarang ni, Ibu teramat gembira dengan segala kurniaan Illahi dalam hidup Ibu sekarang ;D

Ibu cuma nak share je perasaan ibu ni dengan kawan-kawan blogger semua, dan mana tahu ada yang faham dan boleh share sama saat-saat 'What If' masing-masing dengan ibu kan. Hihi
..

Kelly Ada FB Fan Page Sendiri



Dalam banyak usaha Ibu untuk mengingati segala apa event yang menarik dan sebagainya yang berlaku dalam hidup anak sulung Ibu ni, Ibu dengan senang hatinya membuka dia satu Fan Page dekat FB ;D Tips untuk bakal-bakal Ibu, start buat blog ataupun Fan Page mulai sekarang ni, walaupun belum bersalin sebab itu yang bahagian menyeronokkan itu, apabila kita dah masukkan ke dalam internet, selamanya ia akan kekal, kecuali kita sendiri yang delete kan. Jadi insya allah, anak-anak kita boleh baca kelak...

Dalam Fan Page itulah semua ibu masukkan segala picture-picture dia setiap bulan, setiap hari.. haha, Kita ni sebagai Ibu, memang dah jadi tugas kita untuk menjaga anak kita, dan menjadi tugas kita juga untuk 'preserving' benda-benda penting yang jadi dalam hidup mereka..

Mak pernah bagitau Ibu yang kami dulu orang susah, tak ada camera sendiri sebab itulah yang Mak tak banyak tangkap gambar kami masa kecik-kecik dulu, tunggu ada orang datang tangkap gambar baru minta salinan, itu yang ada.. Jadi alhamdulillah, dengan kelebihan kemewahan yang Ibu ada ni, ibu akan cuba menyimpan sebanyak mana gambar Adza Qhaliesya, video-video dan tulis setiap kejadian 'best' yang berlaku dalam usia muda dia.. Insya allah..





xoxo

Saturday, March 19, 2011

Bila Mulut Sesetengah Orang Lagi Busuk Dr Longkang





Ish Ish Ish... Ibu bukannya nak mengata ke apa, tapi saja nak buat pengajaran diri sendiri dan untuk orang-orang lain yang membaca ni.. Sebelum Ibu menjadi seorang ibu ni, Ibu memang mengaku yang perangai Ibu amatlah 'bagus' (wink wink) Ibu pantang tengok orang yang tak berkenan di mata, mulut terus je.. Ish Ish Ish..

Banyak dosa gila.. Tapi selepas pengalaman melahirkan anak sendiri, bertarung dengan nyawa kita ni, barulah Ibu sedar yang ajal tu bila-bila masa boleh datang dan selagi diberi kesempatan oleh Ilahhi ni, kita kenalah jaga mulut kita kan..

Tips Ibu kan, sebelum kita nak mengata orang tu kita ambil 5saat, susun ayat dalam otak, dan fikir apa yang kita nak kata ni adakah akan membuatkan kita berbulu kalau orang yang cakap macam tu dekat kita.. Berkesan 100%.. Hahaha, sebab Ibu dah alhamdulillah, bolehlah menjaga mulut ni sikit,

Adalah beberapa hamba Allah yang diluar sana yang masih lagi cakap macam diri sendiri tu sempurna sangat, kerja memaki orang, kalau maki orang diam-diam tak apalah lagi, ini sampai ke laman sesawang macam Facebook, Twitter dan Blog.. Maki orang, bagi semua orang baca.. Ingat orang akan respect ke bila kita mengunakan perkataan-perkataan mencarut tu semua, macam kakak Ibu sendiri pernah diupdate status blog org cakap dia 'asshole, m'f*ker" dan sebagainya.. ish ish ish..

Kadang-kadang tanpa kaji selidik apa sebenarnya yang berlaku, terus saja mengata orang. Apalah nak jadi kan, kita kena ingat yang sekali kita buat dekat orang seribu kali Allah akan buat dekat kita.. Dan walaupun Ibu ni bukannya pandai sangat bab bab agama ni, Ibu tahu yang dalam islam kita disuruh menutup aib orang, berdosa kalau bukak aib orang, jadi blogger and reader semua (kalau ada yang baca lah) janganlah kita mengaib kan orang lain, tambahan pulak dekat laman web yang satu dunia boleh baca.. Sebab takut, sekali orang lain buka aib kita, tak termakan ooo... ;D

xoxo

Friday, March 18, 2011

Tips Kurus Selepas Bersalin..

Wah, title memang gempak kan kan kan (haha, masuk lif tekan sendiri) Tapi apa yang Ibu nak post kat sini tak ada kena mengena dengan title atas tu, suka hatilah.. blog Ibu kan.. hahahaha ;D

Well ibu nak cita ni sebab perasaan hasad dengki Ibu dengan wanita-wanita serta Ibu Ibu lain di seluruh dunia ni yang boleh mengempiskan badan mereka tu, sekelip mata sahaja lepas bersalin, Ibu ni dah berkelip kelip tak berhenti mata ni, masih tak turun-turun berat badan ni..


Sedih memang menyedihkan, tambahan lak bila ada cik Abang tersayang tu 'ehem-ehem' sindir bentuk badan baru ni kan.. Tragis sungguh.. huhu, Ibu memang teramat syukur dengan badan Ibu ni, cuma nak brush up sikit-sikit terutamanya bahagian perut dng peha tu.. Pehh, kalau dipanggang memang 10 orang tak habis. Haha ;D

Ibu pergi dah ke Gym sebelum ni, setiap hari untuk hampir 4minggu and it really works, my body did look different, lepas tu bibik yang jaga Kelly telah dengan suka hatinya melarikan diri, tinggallah Ibu kesedihan sebab dah tak boleh ke gym, baru-baru ni Ibu pergi cancel membership dekat Celebrity Fitness (Wangsa Walk)

Jadi kepada ibu-ibu yang anaknya tak sampai setahun lagi tu, dan badan tu dah kembali ke jalan asal nya tu, bagilah tips tips ya, tapi Ibu tak boleh makan ubat-ubat atau herba-herba tu semua sebab maklumlah menyusu badan sepenuhnya..

Someone Got Somein' Bakin In The Oven ;D

Hahahaha,

Not ME..!! Fuhhh, haha.. It's Kak Lynn, my sister from another mother and father.. Haha, Dia memang kawan karib keluarga Adza sejak hampir 10tahun dah sekarang ni. Pada mula kami kenal Kak Lynn ni, dia memang selalu saja single and ready to mingle, kalau nak cari orang paling sporting, Kak Lynn lah jawapannya.. Memang Ibu dah sayang dia macam darah daging sendiri, tambahan semua in's and out family Adza ni dia tahu.


Seminggu sebelum Kak Lynn kahwin, Ibu Mak Dara & D Adza semua planning 'Bachelor Party' untuk Kak Lynn, memang terbaik dari kampung Party tu.. All White ;D so much fun, Ibu rasa antara yang paling seronok dalam hidup Ibu..

Satu hari tu dia bagitahu yang dia dapat job offer dekat KLIA, kami semua punyalah melalak menangis, iyalah Kak Lynn nak pindah jauh dari kami tanpa tahu yang Allah ada rancangan untuk dia, rancangan yang lebih baik dan tak disangka-sangka..

Beberapa bulan lepas dia pindah, dia datang layan band dengan Ibu semua dekat Shangri La Hotel KL, tempat D Adza perform.. Dia bawa seorang jejaka yang pada masa tu hanya kawan dia, akhirnya itulah suaminya.. Berjumpa dekat KLIA, dah jodoh kan.. Ibu tahu yang memang Kak Lynn ni tak planning nak berkahwin dah pun, sebab masa dia pindah tu usia dia dah berganjak 30tahun, dia siap keluarkan semua duit simpanan utk kahwin dia rm10k untuk beli kereta.

Tapi jodoh di tangan Allah, bertambah Ibu terharu bila Kak Lynn minta Ibu jadi pengapit dia, sob sob sob.. Memang Ibu tak pernah jadi pengapit, tambahan pulak masa tu Ibu dah mengandung 4bulan kan.. Tapi dia nak jugak Ibu jadi pengapit dia.. Ibu terus setuju tanpa fikir panjang-panjang.. It's an amazing honour ;D
sibuk Ibu membetulkan pengantin kita ni, bagi cun cun.. haha



Setelah lama mencuba untuk ada baby, Kak Lynn datang rumah wajah dia glowing sangat-sangat, kami semua suspect dia dah mengandung tapi dia tak percaya, akhirnya berita buruk apabila Kak Lynn keguguran setelah 8minggu mengandung. Huhuhu..

Allah akan memberi pada hambanya yang meminta, tak lama kemudian Kak Lynn disahkan mengandung buat kali keduanya, dan due bulan 9 nanti.. setakat ni tiada masalah yang dialaminya, hihi.. Ibu tak sabar nak dapat anak buah baru nanti.. Congratulation in advance Kak Lynn, kalau girl letak nama Emie, kalau lelaki letak nama Emie jugak, hahaha

xoxo

Thursday, March 17, 2011

Bila Jiran Sebelah Buat Giveaways

Hello Fellow Bloggers..

Anda perlukan wang segera?! tak perlu cari Bank, tak perlu cari Along, kita cari Mak Dara saja.. hahahahahaha.. Sekarang ini blog Mak Dara tengah buat lucky draw berupa wang ringgit sebanyak rm50, dan dia mengaku yang kalau banyak sambut wang tunai akan dinaikkan hingga ratusan ringgit malaysia..

Apa lagi geng, jom kita ramai-ramai serbu Blog Bicara Mak Dara, kasi gempak sikit.. Jangan lupa follow dia jugak tau ;D

http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/03/lucky-draw-by-mak-dara.html

Ikut ja link yang disediakan ni, follow, then join lucky draw, senang saja.. ;D

lucky draw mak dara

Syukur Alhamdullilah hari ini 17, March sudah genap 2 bulan pembukaan Blog BICARA MAK DARA ni. Pada UlangBulan yang pertama Mak Dara telah mengadakan GA maka pada UlangBulan kedua ni Mak Dara nak adakan LUCKY DRAW pulak untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Mak Dara akan buat yang simple, yang sempoi dan yang tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.

Apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai LUCKY DRAW by MAK DARA ini ialah: BERIKAN NAMA 2 ORANG WANITA YANG MENYANYIKAN LAGU APA KAU RASA
(jawapannya berada pada saat ke 7 video dibawah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...