Followers

Thursday, April 28, 2011

Dah Dapat Kaki Dah...

Dear Qhaliesya,

Haha, right before you turn one alhamdulillah, Kelly dah pandai berjalan dah tak mahu merangkak dah pun, and Kelly menjadi cucu D'Adza yang pertama yang jalan seawal usia 11 1/2bulan..

Thanks to Wan's huge play pan yang Wan buatkan untuk Kelly, Kelly mula-mula meniti dekat tepi-tepi Play pan tu, last last dah pandai berjalan dah anak Ibu ni.. Ibu belum lagi record video Kelly berjalan, nanti bila Ibu dah selesai record, ibu akan terus upload ke blog ini Ya.. ;D


p/s : seronoknya anak cepat berjalan, kita senang banyak tak payah nak susah-susah dukung sana sini. Dia pun rasa lagi bebas berjalan, kalau nak tahu tips yang Ibu guna bagi anak ibu cepat berjalan senang saja
  • kena selalu kita dirikan dia, walaupun dia akan jatuh selepas berdiri itu, bagi dia berdiri dekat tempat yang rata & tak pakai kasut
  • bagi dia macam kerusi atau kereta tolak yang dia boleh pegang semasa dia berdiri. macam Kelly dia selalu tolak kerusi kecil Ikea itu sambil berjalan. Kita pun kena selalu pegang kedua-dua belah tangan dia, bantu dia berjalan.
Tapi setiap budak itu ada masa perkembangan dia yang tersendiri, ada budak yang sampai 1tahun 8bulan tak nak jalan lagi. Jadi kita kena banyak bersabar dan paksa dia sedikit kadang-kadang tu tapi jangan sampai dia menangis pulak.. kejam tu.. hahahaha.. ;D

1 comment:

bicara mak dara said...

see the aunty's nyer leg lah.. cehh tetiba nak interprame jugak hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...