Salam,
Selamat hari buruh kepada semua pekerja-pekerja yang dapat cuti hari ni, bagi yang tak dapat cuti, kesian nak buat macam mana, dah buruh kan.. hihi :)
Pada tanggal ahad minggu lepas Ibu rasakan sesuatu yang agak berlainan dengan tubuh badan ibu, sebab 2-3hari sebelum tu, Ibu ada muntah sekali masa otw ke meeting.. Ibu ni bukannya jenis yang senang muntah.. Jadi disebabkan itu Ibu rasakan sesuatu mesti ada ni, Ibu pun suruhla suami Ibu belikan pregnancy test, dan mula-mulanya keluar satu garisan saja, tapi Ibu tunggu dalam 10-15saat selepas itu, muncullah satu lagi garisan yang agak-agak pudar...
Alangkah terkejutnya Ibu, Ibu terus beritahu kakak Ibu, Rina.. Dia punyalah menjerit kegembiraan dan alhamdulillah, semua orang sungguh happy dengar berita kandungan Ibu walaupun usia Kelly baru 12bulan 1minggu, cepat dapat rezeki orang cakap.

Jadi Ibu pun ajak suami ke klinik Izham untuk pastikan betul-betul, dan alhamdulillah mengikut kiraan doktor tu, Ibu sudah dalam minggu ke-4 :) tapi betul sebetul-betul pastinya sebab tak scan lagi, hujung bulan ni baru Ibu boleh scan bila dah masuk 8minggu..
Haha, semua orang cakap kalau menyusu badan sepenuhnya jangan risau nak makan pil perancang ke apa, sebab insya allah terjamin takkan mengandung selagi menyusu, tapi nampaknya kurang berkesan dengan ibu.. Hahaha.. tak apalah, rezeki Allah SWT,
Ibu harapkan kali ini boleh dapat anak teruna pulak, insya allah.. Sesiapa yang baca post ni tolonglah doakan dengan Ibu minta-minta lelaki.. Hihi.. Jadi mulai sekarang akan rajinlah Ibu update blog pasal anak sulung Ibu, Adza Qhaliesya, dan perkembangan kandungan Ibu..
Insya allah ibu akan masukkan banyak lagi tips-tips berguna dan pengalaman membesarkan anak ketika di usia muda.. XOXO