Followers

Saturday, May 7, 2011

Ibu Kaulah Duniaku


Salam :) Selamat Hari Ibu bagi semua Ibu-Ibu diluar sana.. Ibu tahu yang sekarang ni mesti ribuan bloggers akan buat entri mengenai Ibu masing-masing.. Tapi, biar Ibu ceritakan tentang seorang insan paling mulia bernama Zaleha Md Darus.. :)

Dialah cinta hati Ibu, dia yang melahirkan Ibu ke dunia ini, walaupun kami hidup susah tapi Mak sentiasa akan cuba mendapatkan segala apa yang kami mahukan, dialah Mak yang sejati.. Ibu belum pernah dan tak akan jumpa wanita sebaik beliau.. Kalau Ibu ni seorang hartawan, akan Ibu bina rumah emas untuk dia, namun Ibu hanya mampu berikan dia segala kasih sayang Ibu..

Kalau semua nak tahu, Mak tak pandai nak buat muka dekat orang, walaupun orang semua selalu pijak kepala dia, dia tetap baik tetap jaga.. Subahanallah, memang srikandi dia di mata Ibu, walaupun Ibu dah berkeluarga, dia tetap layan Ibu macam Ibu ni masih kanak-kanak yang akan dijaga setiap keperluannya, siapkan makanan kegemaran Ibu, tolong ibu kemaskan bilik dan sebagainya.. Dan dia memang seorang yang akan menyokong setiap kehendak anaknya itu.

Hal ini selalu buat Ibu ingat yang Ibu ni bukannya seorang anak yang baik sangat, tetapi kita semua tidaklah sempurna.. Tapi ibu berjanji akan menjaga Mak ibu sampai dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan terus terang Ibu katakan, Ibu lebih rela meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Mak, sebab Ibu mesti takkan boleh terima ketiadaannya itu..

I love you so much Mak.. Zaleha Bt Md Darus

4 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

sedey baca part last tu.. takmo.. takmo... huhuhu

Happy Mothers day to my one and only Mom.. The love of my life.. MAK!!!!! I love you...

To emie: happy mother's day bebeh.. Happy becoming a mother.. AGAIN hehe

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

sedey baca part last tu.. takmo.. takmo... huhuhu

Happy Mothers day to my one and only Mom.. The love of my life.. MAK!!!!! I love you...

To emie: happy mother's day bebeh.. Happy becoming a mother.. AGAIN hehe

adib syazwan said...

selamat hari ibu,ibu..=)

Ilhamny.com said...

selamat hari ibu buat enie dan mak tam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...