Ish Ish Ish... Ibu bukannya nak mengata ke apa, tapi saja nak buat pengajaran diri sendiri dan untuk orang-orang lain yang membaca ni.. Sebelum Ibu menjadi seorang ibu ni, Ibu memang mengaku yang perangai Ibu amatlah 'bagus' (wink wink) Ibu pantang tengok orang yang tak berkenan di mata, mulut terus je.. Ish Ish Ish..
Banyak dosa gila.. Tapi selepas pengalaman melahirkan anak sendiri, bertarung dengan nyawa kita ni, barulah Ibu sedar yang ajal tu bila-bila masa boleh datang dan selagi diberi kesempatan oleh Ilahhi ni, kita kenalah jaga mulut kita kan..
Tips Ibu kan, sebelum kita nak mengata orang tu kita ambil 5saat, susun ayat dalam otak, dan fikir apa yang kita nak kata ni adakah akan membuatkan kita berbulu kalau orang yang cakap macam tu dekat kita.. Berkesan 100%.. Hahaha, sebab Ibu dah alhamdulillah, bolehlah menjaga mulut ni sikit,
Adalah beberapa hamba Allah yang diluar sana yang masih lagi cakap macam diri sendiri tu sempurna sangat, kerja memaki orang, kalau maki orang diam-diam tak apalah lagi, ini sampai ke laman sesawang macam Facebook, Twitter dan Blog.. Maki orang, bagi semua orang baca.. Ingat orang akan respect ke bila kita mengunakan perkataan-perkataan mencarut tu semua, macam kakak Ibu sendiri pernah diupdate status blog org cakap dia 'asshole, m'f*ker" dan sebagainya.. ish ish ish..
Kadang-kadang tanpa kaji selidik apa sebenarnya yang berlaku, terus saja mengata orang. Apalah nak jadi kan, kita kena ingat yang sekali kita buat dekat orang seribu kali Allah akan buat dekat kita.. Dan walaupun Ibu ni bukannya pandai sangat bab bab agama ni, Ibu tahu yang dalam islam kita disuruh menutup aib orang, berdosa kalau bukak aib orang, jadi blogger and reader semua (kalau ada yang baca lah) janganlah kita mengaib kan orang lain, tambahan pulak dekat laman web yang satu dunia boleh baca.. Sebab takut, sekali orang lain buka aib kita, tak termakan ooo... ;D
xoxo
4 comments:
kerana mulut bdn binasa
kerana mulut ramai yang binasa...jagalah tutur bicara agar tiada yang terluka..
wooooooooooooo what hapenggggg.. sapa yg kata sapa... meh aku nak cili kaw kawwwwwww mulut longkang tu.. ni br sehari gue pergi dah macam macam jadi.. kalau seminggu.. waaaa fenin2 hahahaha
Mak Dara : Adalah seorang hamba allah tu, yang ingat dirinya begitu best sekali.. erghhh>>
Warna : Betul.. Mulut ni dh diibaratkan mcm sebilah pedang yg amat tajam, boleh mmbunuh..
Dean : betul betul betul... ;D
Post a Comment