Followers

Monday, March 14, 2011

Tsunami dan Gempa bumi - masya allah

Dear Qhaliesya,

2-3hari lepas, gempak berita Tsunami melanda Jepun.. Dan dah dianggarkan seramai lebih puluhan ribu orang kehilangan nyawa mereka di Jepun, ibu punyalah terkejut bila baca sebab setahu ibu Jepun antara negara yang paling well prepared dan tecnologicly advance berbanding kebanyakkan negara-negara Asia lain, tapi dah dugaan Allah turunkan, apa pun tak boleh buat..



Lagi menakutkan bila ibu dapat tahu yang kesan daripada Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun, kemungkinan sebahagian besar kawasan pantai Sabah akan terasa bahangnya.. Ibu terus telefon ibu mertua ibu dekat Sabah sana, takut-takut apa-apa jadi.. tapi alhamdulillah.. semuanya selamat..

But, ini antara berita yang ibu ambil tentang kejadian malang yang menimpa negara matahari tu..

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.


1 comment:

Cik Bulan said...

subhanallah..tanda2 kiamat semakin hampir dan hampir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...