Followers

Friday, March 18, 2011

Tips Kurus Selepas Bersalin..

Wah, title memang gempak kan kan kan (haha, masuk lif tekan sendiri) Tapi apa yang Ibu nak post kat sini tak ada kena mengena dengan title atas tu, suka hatilah.. blog Ibu kan.. hahahaha ;D

Well ibu nak cita ni sebab perasaan hasad dengki Ibu dengan wanita-wanita serta Ibu Ibu lain di seluruh dunia ni yang boleh mengempiskan badan mereka tu, sekelip mata sahaja lepas bersalin, Ibu ni dah berkelip kelip tak berhenti mata ni, masih tak turun-turun berat badan ni..


Sedih memang menyedihkan, tambahan lak bila ada cik Abang tersayang tu 'ehem-ehem' sindir bentuk badan baru ni kan.. Tragis sungguh.. huhu, Ibu memang teramat syukur dengan badan Ibu ni, cuma nak brush up sikit-sikit terutamanya bahagian perut dng peha tu.. Pehh, kalau dipanggang memang 10 orang tak habis. Haha ;D

Ibu pergi dah ke Gym sebelum ni, setiap hari untuk hampir 4minggu and it really works, my body did look different, lepas tu bibik yang jaga Kelly telah dengan suka hatinya melarikan diri, tinggallah Ibu kesedihan sebab dah tak boleh ke gym, baru-baru ni Ibu pergi cancel membership dekat Celebrity Fitness (Wangsa Walk)

Jadi kepada ibu-ibu yang anaknya tak sampai setahun lagi tu, dan badan tu dah kembali ke jalan asal nya tu, bagilah tips tips ya, tapi Ibu tak boleh makan ubat-ubat atau herba-herba tu semua sebab maklumlah menyusu badan sepenuhnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...