Followers

Wednesday, March 23, 2011

Cheritera Kelly Dengan Kandangnya

Dear Qhaliesya,

Semenjak dari Kelly lahir lagi, Wan kelly dah sayang sangat dengan cucu dia yang bongsu ni, sampai Ibu nak pindah pun jadi kes, tak sanggup berpisah dengan Kelly.. Tok kelly pun sayang sangat dengan Kelly, jadi bila umur Kelly masuk 7-8bulan macam tu, Kelly dah boleh merangkak. Bila Kelly dah boleh merangkak, jadi satu masalah juga, iyalah tak larat sesiapa yang jaga Kelly terutamanya Ibu nak mengejar anak Ibu ni. Merangkak laju yang amat.. haha, Wan pulak takut sangat kalau masa Kelly tengah merangkak tu, Kelly kena gigit semut ke, kutip benda-benda dekat lantai ke, macam-macam lah..


Jadi bila time Wan gaji 2-3bulan lepas, Wan terus ke hardware store dan beli semua kayu-kayu dan kelengkapan lain untuk custom made Play Pan Kelly sendiri. Wan buat sebesar queen size matress. Memang puas hatilah..



Memang Play Pan Kelly inilah yang banyak membantu bagi Kelly boleh berdiri dan mula berjalan meniti 'kandang' Kelly tu. Tengok betapa Wan Kelly sayang dekat Kelly, dia yang nak masuk 70tahun tu ketuk kayu ni semua, buat dari mula sampai habis, dan guna duit Wan untuk beli semua ini.. Dia cakap biar ni jadi kenangan Kelly dekat Wan bila Kelly dah besar nanti..


Yang bestnya play pan Kelly ni, bukan Kelly seorang ja yang masuk. Kami semua, satu family masuk duduk dalam tu, sebab Wan letak betul-betul depan TV dekat living hall, tambahan Tok belikan satu tilam queen tebal letak dalam tu, supaya bila Kelly jatuh tak sakit.. Itulah dia al kisah Kelly dengan kandangnya, yang dibuat penuh kasih sayang Wan kelly..

xoxo

3 comments:

Elle Elyssa said...

kak lis masa pi rumah hari tu nak je masuk sekali dalam kandang kelly tu. tapi tak jadi sebab nanti jadi kontroversi.

Adza Danial Haiqal said...

biase lah. wan, atok teruna. hahaha

Nur Ardilla Najwa said...

bertuahnya cucu wan sorang ni....huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...