Tajuk atas itu memang satu realiti bagi kebanyakkan orang yang tinggal dekat bandar ni ataupun dekat kampung, iyalah.. Suami Ibu kalau sekali gaji saja, bujet untuk makan-makan saja dalam sebulan hampir rm1000. Bukannya Ibu ni makan makanan yang mewah-mewah sangat, tapi iyalah, kalau masa Kelly nak makan bubur McD, sekali delivery dah rm8. Kalau beli barangan basah dekat Carefour ke, Giant ke, Tesco ke, mahu sekurang-kurangnya rm100. Itu pun untuk seminggu tak sampai bekalan.. Ish Ish Ish.. Mahal sungguh makanan sekarang ni kan, huhu.. Itulah ingat bila Ibu dengan suami dah tua, anak-anak dah besar. Kami nak pindah ke kawasan kampung, biar ada tanah sikit, boleh Ibu tanam sayur, bela ayam, jimat duit kalau nak makan, main petik dengan sembelih saja kan.. hahahaha..
gambar ni masa Ibu dengan sepupu kesygan Ibu, pergi makan dekat A&W wangsa walk,
makan coney dog 1 set dengan air mineral dah kena rm16.. mahal mahal..
Apa yang sebabkan Ibu terkeluar post pasal benda ni, tadi Ibu teman abah kesayangan Ibu keluar beli barangan dapur, mak aii.. kena sampai rm358.. tersedak sekejab Ibu sebab ingat ambil apa yang penting saja, hihi... Tapi itulah, nak buat macam mana, harga barang makin naik kan sekarang ni.. Hihi ;D
xoxo
4 comments:
iya sob gaji sudah habis padahal gajian lagi masih lama
tu kalo apik yg kena beratus2 tu mmg apik basuh pinggan jer la kt kedai..hehe
hahaha cian acu. lyy pon satu. kuat makan macam abg
Post a Comment