Not ME..!! Fuhhh, haha.. It's Kak Lynn, my sister from another mother and father.. Haha, Dia memang kawan karib keluarga Adza sejak hampir 10tahun dah sekarang ni. Pada mula kami kenal Kak Lynn ni, dia memang selalu saja single and ready to mingle, kalau nak cari orang paling sporting, Kak Lynn lah jawapannya.. Memang Ibu dah sayang dia macam darah daging sendiri, tambahan semua in's and out family Adza ni dia tahu.
Seminggu sebelum Kak Lynn kahwin, Ibu Mak Dara & D Adza semua planning 'Bachelor Party' untuk Kak Lynn, memang terbaik dari kampung Party tu.. All White ;D so much fun, Ibu rasa antara yang paling seronok dalam hidup Ibu..
Satu hari tu dia bagitahu yang dia dapat job offer dekat KLIA, kami semua punyalah melalak menangis, iyalah Kak Lynn nak pindah jauh dari kami tanpa tahu yang Allah ada rancangan untuk dia, rancangan yang lebih baik dan tak disangka-sangka..
Beberapa bulan lepas dia pindah, dia datang layan band dengan Ibu semua dekat Shangri La Hotel KL, tempat D Adza perform.. Dia bawa seorang jejaka yang pada masa tu hanya kawan dia, akhirnya itulah suaminya.. Berjumpa dekat KLIA, dah jodoh kan.. Ibu tahu yang memang Kak Lynn ni tak planning nak berkahwin dah pun, sebab masa dia pindah tu usia dia dah berganjak 30tahun, dia siap keluarkan semua duit simpanan utk kahwin dia rm10k untuk beli kereta.
Tapi jodoh di tangan Allah, bertambah Ibu terharu bila Kak Lynn minta Ibu jadi pengapit dia, sob sob sob.. Memang Ibu tak pernah jadi pengapit, tambahan pulak masa tu Ibu dah mengandung 4bulan kan.. Tapi dia nak jugak Ibu jadi pengapit dia.. Ibu terus setuju tanpa fikir panjang-panjang.. It's an amazing honour ;D
sibuk Ibu membetulkan pengantin kita ni, bagi cun cun.. hahaSetelah lama mencuba untuk ada baby, Kak Lynn datang rumah wajah dia glowing sangat-sangat, kami semua suspect dia dah mengandung tapi dia tak percaya, akhirnya berita buruk apabila Kak Lynn keguguran setelah 8minggu mengandung. Huhuhu..
Allah akan memberi pada hambanya yang meminta, tak lama kemudian Kak Lynn disahkan mengandung buat kali keduanya, dan due bulan 9 nanti.. setakat ni tiada masalah yang dialaminya, hihi.. Ibu tak sabar nak dapat anak buah baru nanti.. Congratulation in advance Kak Lynn, kalau girl letak nama Emie, kalau lelaki letak nama Emie jugak, hahaha
xoxo
No comments:
Post a Comment